Anak VIP

~+mata besi hanya alat, tapi hulu yang menebang pokok. Kayulah yang memotong kayu+~

natang bangsat

Tahap kebangangan puak bangsat memang teselah lam kesah pelantikan MB tranung kite. bodo nok mapuh! …pemende laa…orang hok bawak banner sokong raja mu tangkap, tahan lokap…pastu soal siasat berejam rejam…

hok kumpol ngan banner kata natang ke sultan..mu wat bodo je…bute ke mende  mu nih…terang terang derhake ke sultan kang tu!!

payoh la jenih bodo bengong dokleh ajo nih….

gi buang laut la unifom mu tuh……dok malu ke wi anok bini makang duit harang?…….natang sunggo mung ni!!

March 30, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet

Finally…

Finally, MT Umno terpaksa gak sokong Mat Said. Even bengkak jiwa, nak tak nak ye je laa….Lelah  senyum senyum kambing announce tadi..hahahahaha…..tu laa…lain kali jangan beso kapla sangat..kang dah malu…

Tuanku Mizan di hati rakyat sekarang, bukan rakyat Ganu je..bahkan seluruh Malaysia…..Daulat Tuanku3x

Yang terkini, ada news pasal Mat Yeh, Sasol ngan Damned kena lucut Datukship. Kalu betol cite nih, memang best arr..hahahahahahahaha……….. 

March 27, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet

Takbirrr!!!!

7/3 jam lebih kurang kul  3 pagi…aku bergerak balik menuju kampung dengan harapan tinggi bersama-sama mereka yang satu hati untuk mempastikan bulan mengambang menerangi tempat kami…sepanjang perjalanan , aku dan member bercerita tentang kerosakan, kebodohan dan kebangangan kerajaan derih al-hadari selama memerintah. kami bersiasah tentang ketidakperluan masjid kristal pada rakyat terengganu, tentang tidak adanya mukim di situ, tentang masjid yang dibina untuk beruk beruk, bukan orang kampung…

kami bersoal  jawab tentang anak bekas MB Umno yg terkenal dengan keborosan dan claim sejuta ringgit selepas balik dari London, yang duduk di Ritz setaraf ngan artis hollywood, tentang anak-anak Exco yang dapat biasiswa walaupun tak layak…tentang anak nelayan yang jadi pelajar terbaik tapi dinafikan biasiswa tersebut sebab anak nobody..tentang mahligai Exco-Exco dacing yang baru sepenggal jadi Adun..juga kereta-kereta mewah mereka..tentang kesusahan rakyat, tentang kebodohan rakyat masih percaya pada dacing yang berkarat…

7/3 9 pagi aku pusing kampung, melihat kibaran bulan penuh dan separuh yang menyerlah, menenggelamkan gelombang biru..berjumpa kawan kawan lama..bercerita lagi tentang kemungkinan menukar kerajaan..tentang harapan kami…

7/3 9 malam aku hadir di markaz mendengar taklimat keselamatan, tentang persediaan kami menghadapi pengundi hantu, aku lihat ramai budak budak muda turut serta, melebihi orang tua…tetiba sekumpulan mat rempit lalu dengan membawa bendera hijau dan dengan selamba membuang ke jalan, terus anak-anak muda ini mengejar tanpa lengah…nak ajar sikit..kata diorang…hahaha

7/3 kira kira 10 lebih dapat info, puak bangsat buat kacau di satu tempat, aku bagi kunci kereta kat andak dan lompat naik kereta bergerak ke sana. kami singgah di markaz pemuda, bagi info dan menuju ke markaz dekat kubur. sampai di sana aku terkejut melihat ramainya budak budak muda yang standby atas motor masing masing, yang aku kenal dan tau mereka semua bukan calang calang orang, budak budak keras kat kampung..tergamam aku. hebat! diorang pon sokong kami, alhamdulillah!

semasa bagi info, tetiba dapat sms mengatakan hal dah setel..lepak jap pekena kopi, tetiba satu lagi info masuk mengatakan ada hal kat markaz sekolah cina, apa lagi kami pon gegas dengan segera

sampai sekolah cina, ramai orang dah berkumpul. Canopy sedang dinaikkan, dan rupa rupanya puak puak dacing tak puas hati dan mengatakan mereka dulu pacak tiang bendera. macam biasa, kalu pasal diorang tak sampai 5 minit polis datang, cerita punya cerita rupa-rupanya kawasan tu memang telah dipersetujui sebelum pru milik kami…tak pasal pasal, kena cabut tiang bendera ..hahahaha…cabut sendiri pulak tu…mane le budak budak korang..takan tak cukup fund kot..hehehe

cakap pasal fund, aku dapat tau yang membantu pihak kami, kebanyakakannya sukarela..paling banyak dapat makan, isi minyak motor untuk ronda, bukan dapat saguhati pon…tapi diorang bersemangat, mereka rela untuk melakukan perubahan, aku kagum gila..

8/3 aku mengundi di sek cina, lepas mengundi lepak di markaz sek menengah. dapat info 6 biji bas dilihat berhenti dari semalam, siap escort! bila tanya kata orang kampung aku balik ngundi..kebanyakn budak ipt..kalu budak kampung aku, pasal sorang pon tak kenal?? pasal tido dalam bas?? pasal tak balik rumah??

petang tu dapat tangkap 4 antu betina nak masuk mengundi, tapi masa kecoh kecoh lepas lari..dapat info 2 kereta bawak antu dari felda untuk undi banyak kali, satu kancil satu aeroback, plet joh ngan melaka, tapi malang tak dapat kesan walaupun budak budak semua bersedia, keliling kampung memantau diorang..

8/3 7 malam dapat tahu saluran 4 sek menengah dah menang, takbir bergema…kul 9 lebih cfm semua saluran menang kecuali saluran 1 kalah tipis..biasa la, saluran orang orang tua, yang makan pencen gomen…bersin pon bunyi daaaciiiiinggg!!!

lepak kat markaz besar, dapat info kedah, selangor, perak dan penang dapat kat pembangkang, tapi tempat kami mungkin kalah…argghhhh!!

9/3 confirm tempat kami masih diperintah al-hadhari…sedih dan sayu hati aku…jumpa budak budak muda para sukarelawan, kami janji 5 tahun lagi tetap bersama…insyaallah..

9/3 10 malam. dalam perjalanan balik, aku senyum sendiri…betapa aku mengharapkan supaya Terengganu Darul Iman kembali kepada pemerintahan ulama, tapi realitinya, aku meninggalkan tanah kelahiran ini masih dalam kelemasan gelombang biru, menuju ke tanah tempat mencari rezeki yang telah membuat perubahan, yang mengotakan impian majoriti rakyat Malaysia untuk menukar kerajaan…isn’t that ironic?  

March 13, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet

syabas malaysia!!

yeah!! akhirnya janji dikota…ape yg selama ni nampak mustahil terjadi depan mata…syabas kamu semua bangsa malaysia!! tapi jangan alpa kerna penyangak penyangak bangsat tetap cuba menghasut jiwa dan akal kita…mereka menyebar fitnah, mereka mencarik luka…mereka ajak kita kongsi pengalaman lampau..mereka cerita tentang ketuanan..what d fish…

apa ketuanan?? selama ni apa mereka buat untuk bangsa kita?? takat angkat keris pe ke jadah..pegang keris pon tak betol…pegi mampus la ngan janji kau…kami semua rakyat malaysia..kami semua generasi merdeka…kami semua satu hati..satu jiwa..satu cita cita..

kami ingin lihat malaysia maju…kami ingin lihat malaysia yang hebat…kami ingin malaysia menggegarkan dunia..TAPI!!!!

bukan dengan acuan kamu…cara kami..jalan kami…

ayoh bangsaku!!rakyat Malaysia!!

hulurkan tanganmu..kita maju bersama ke arah Malaysia Baru!

Hidup Malaysia!! hidup kuasa rakyat!! 

March 13, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet