Anak VIP

~+mata besi hanya alat, tapi hulu yang menebang pokok. Kayulah yang memotong kayu+~

MPAJ buat hal lagi!

Jahat! jahat! jahat! memang jahat….nampak gayanya tak abis abis ada je yang nak buat kacau, nak sabotaj kerajaan Pakatan Rakyat kat Selangor. Kes terbaru pasal Kuil Hindu kena roboh kat Ampang.

Yang bestnya, Ahli Parlimen Ampang, Puan Zuraida mengatakan beliau tak tahu menahu tentang insiden ini kerana out-station. Dapat je maklumat, beliau terus hantar wakil untuk cek tapi malangnya, dah terlambat sebab dah lebih separuh kuil tu hancur. Beliau menegaskan sepatutnya pihak Majlis Perbandaran Ampang mintak kelulusan dari kerajaan negeri terlebih dulu sebelum buat kerja tu. Beliau berjanji nak siasat dan merasakan ini mungkin perbuatan sabotaj mereka mereka yang tak bertanggungjawab untuk cuba mencemarkan nama baik Kerajaan Pakatan rakyat di Selangor.

aku tak taulah MPAJ ni bangang ke hape…tak sedar sedar lagi ke diorang, bos diorang dah tukar. Tak puas lagi jadi kuda tunggangan. Aku mintak siasat kes ni dan yang mana terlibat tu kasi fire je…takyah warning warning..buang karan je!!

September 26, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | 1 Comment

Survival anak beranak

Spekulasi tentang Pak lah kemungkinan besar meletak jawatan awal dari rancangan asal kini bertiup kencang. Katanya mungkin dalam bulan Jun tahun depan. Mungkin juga ini rentetan dari mesyuarat tergempar MT UMNO kali kedua semalam yang bersambung ke hari ini selepas mesyuarat pertama yang membuka cerita tentang bagaimana Pak lah diminta meletak jawatan secepat mungkin oleh ahli-ahli MT UMNO pada 18/9 hari tu. 

Biasanya lah, kalau company yang buat special meeting banyak kali macam ni, maknanya company tu in trouble. Logiknya sama lah jugak dengan UMNO sebab ada suara-suara dalaman yang mahu perubahan dalam pucuk pimpinan. Mereka tak mahu ada Presiden yang dipanggil PM flip-flop yang dikatakan hanya tahu tido tapi tak tahu buat kerja. Mereka nak pemimpin yang berani membangkang, bukan setakat jadi pak turut, sebab itulah Muhyiddin Yassin dapat banyak sokongan kerana memecahkan tradisi kuno UMNO menghentam ketua secara terang-terangan.

Nampak gayanya, kaki-kaki ampu dalam UMNO panas punggung kali ni. kalau ditakdirkan betullah Pak Lah turun, abislah nyawa mereka nanti. KIta akan dapat lihat pertembungan hebat antara kem Najib dan kem Ku Li dalam pemilihan Umno Disember ini, yang akan menentukan siapa yang terus berkuasa. Usaha lobi-melobi peringkat bahagian dah lama dijalankan, dan kemasukan Mahathir semula ke dalam UMNO mungkin ada sebabnya. Pengaruh Mahathir dalam UMNO masih kuat, dan sokongannya kepada mana-mana kem mungkin akan mempengaruhi keputusan pemilihan  itu nanti.

Kita juga seronok untuk melihat apa nasib Khairy selepas hilang pergantungan kepada bapa mertuanya. Mampukah Khairy berdiri sendiri dan merampas kerusi Ketua Pemuda UMNO? Yang nyata politik UMNO bukan hanya sekadar survival bagi penyokong mereka, tapi juga merupakan kesinambungan kuasa bagi anak beranak. Tengok sajalah mereka mereka yang ada di dalamnya. Ada Khairy al-Pak Lah, Hishamudin al-Hussein Onn, Mukhriz al-Mahathir dan bintang paling ternama di abad ini, Najib al- Abdul Razak!

September 26, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet

Ampun Tuanku, patik mintak tolong….

Anwar cakap dia dah hantar surat kat Agong nak mintak panggil persidangan parlimen tergempar pasal nak buat undi tak percaya kat Pak Lah. Itu hari surat dia kat Pak lah dah kena reject sebab Pak Lah kata takde mende nak dibincangkan.

Negara tengah huru hara dengan politik kucar kacir, inflation rate yang gila babi tinggi, situasi sosial yang makin lama makin tegang, dia buat macam takde pe jadi..memang sah kaki tido la dia nih….tak abis abis dok mimpi cari Al-Ghazali lagi…

Anwar kata dia dah ada jumlah Ahli Parlimen yang cukup untuk bentuk kerajaan, so dia nak mintak Tuanku Mizan tolong la pulak. Geng-geng Pakatan Rakyat pon semua bagi sokongan. Rakyat pulak amat berharap semuanya jadi kenyataan.

Kalau ikut yang sudah sudah, insyallah Agong akan ambil tindakan. Cuma kita harap surat tu betol sampai kat tangan Tuanku Mizan, takut ada pulak yang pandai-pandai terima tapi tak forward kat baginda. Kat Malaysia ni apapun boleh jadi, ni kan Malaysia Boleh….boleh blah…

  

 

September 25, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet

Minyak turun 10 sen….je

Semalam Pak Lah kata minyak turun 10 sen hari ni…so harga petrol jenis RON 97 dah turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pulak turun kepada RM2.30 seliter.

Diesel pun turun 10 sen kepada RM2.40 seliter. aku congak-congak dengan turun 10 sen ni, boleh lah aku save lebih kurang 30 ringgit sebulan kot. boleh lah pegi keje on aircond dalam kereta. Semenjak minyak naik berdesup ari tu, aku terpaksa bukak tingkap harapkan angin jee…nak pasang air-cond kan makan minyak. berpeluh-peluh aku dalam jam nak sampai opis.

Dalam bengang-bengang, aku syukur jugak lah kerajaan ingat gak pasal kami rakyat bawahan ni. Walau 10 sen ciput je kalau nak compare dengan naik meroket 80 sen dulu, tapi sekurang-kurangnya ada gak belas ihsan nak dekat raya ni. Cuma aku harap, bila minyak turun ni, cuba gak la pantau harga barang keperluan tu, yang melambung naik tapi tak pulak turun-turun walau pun minyak dah turun 35 sen.

Jangan dok buat ini barang kawalan, itu barang kawalan, tapi hakikatnya, harga tak terkawal langsung…

Tak guna buat undang-undang kalau penguatkuasaan macam lepas batuk ditangga…time menteri datang, time tu sibuklah nak cek…hari lain dok goyang kaki…pekejadah!

September 25, 2008 Posted by anakvip | 1 | | No Comments Yet

Pak Lah the Gaban

Seperti lagu Menghitung Hari nyanyian Kris Dayanti, begitulah agaknya perasaan Pak lah menunggu Perhimpunan Agung UMNO tak lama lagi. Kemungkinan Pak Lah akan menjadi presiden UMNO pertama yang tak dapat cukup pencalonan untuk mengekalkan jawatannya nanti. Sebab itulah para MT UMNO dalam perjumpaaan baru-baru ini menggesa Pak Lah letak jawatan supaya tak kena malu. Tapi Pak Lah being Pak Lah mana nak dengar cakap orang selain dari anak menantu dia!

Kebodohan inilah yang bakal menjahanamkan dia nanti. Takkan dia tak sedar-sedar lagi macammana kuat suara dari bawah yang mintak dia turun. Tak tahu ke dia orang dah tak percaya kat dia. Dulu bolehlah dia cakap nak mencari Al-Ghazali, tapi sekarang  Al-Ghazali dah hilang tinggal al-gali…gali lubang tanam sendiri. Tak nampak ke dia kenapa Muhyidin gila lantang bersuara, hentam dia sini sana. Dan nampaknya Muhyiddin bukanlah buat kerja ni lone ranger je, ramai sebenarnya yang ikut dia dari belakang. Dengar khabar, setakat ni dah ada banyak bahagian dari Johor, Sabah, Perlis dan Perak telah sedia nak calonkan dia jadi Timbalan Presiden. Katanya dah ada lebih separuh Bahagian UMNO yang nak calonkan dia. Banyak tuh!

Calon Presiden pulak lebih kuat ke arah Najib dan Ku Li. Tapi normally kalau ikut tradisi UMNO lah, biasanya diorang nak Timbalan naik pangkat. Pak Lah bagaimananapun tetap berharap untuk mendapat pencalonan dari bahagian-bahagian UMNO yang selama ini setia dengan dia macam dari Kelantan atau dari negeri asalnya, Pulau Pinang. Dua-dua negeri ni memang lah terkenal dengan sikap bodek tahap dewa, lebih-lebih lagi orang macam Annuar Musa tu. Yang kelakarnya, negeri dia sendiri dah berpuluh tahun jatuh kat PAS, tak mampu nak ambek balik. Yang kat Pulau Pinang pun dua kali lima. Kecoh je lebih tapi negeri orang lain perintah. Pak Lah pon bodo bodo percaya . Memang lah banyak yang pledge nak sokong dia tapi, itu dari Ketua dan AJKnya…Yang belum tentu menang dalam pemilihan bahagian diorang sendiri. Kalah diorang nanti bermakna hilang lah sokongan untuk Pak Lah. Itulah mesej yang ahli MT UMNO cuba sampaikan kat orang tua ni, tapi jenih tak reti bahase, payahlah….dia rase dia tak akan kalah…ingat dia Spacecop Gaban ke hape?

September 24, 2008 Posted by anakvip | 1 | | No Comments Yet