Anak VIP

~+mata besi hanya alat, tapi hulu yang menebang pokok. Kayulah yang memotong kayu+~

Terkini: Razak Baginda bebas

Terkini:

Razak Baginda dibebaskan hari ini setelah Hakim Mohd Zaki mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan ada kes Prima Facie terhadap beliau. Bagaimanapun, 2 lagi tertuduh berkaitan kes pembunuhan model Mongolia yang diletupkan diarah membela diri masing-masing.

October 31, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet

luku kangg!!!

Teraju ekonomi negara, Pak Najib buat usul kelakar la pulak. Dia kata kerajaan akan guna duit kita dalam KWSP, aku ulang DUIT KITA!!! bukan sikit wei..Ringgit Malaysia 5 Billion beb…atau 5 RIBU JUTA…lepas tu buang dalam stock market nak upkan share!

Tak tau la nak cakap..bodo ke bangang dia ni…besar mana sangat market Malaysia ni?? boleh ke kita berdiri sendiri?? tak tau ke dia ekonomi kita ni banyak ikut orang lain?? salah satunya Amerika…Malaysia ni macam bayang Amerika laa…kita negara pengeluar produk. Barang kita kena ada orang beli baru dapat duit. Tapi la ni ekonomi Amerika tengah teruk, jadi yang tukang beli pon takde sen nak beli… Takde yang beli, takde duit la negara kita…

So, apa perlunya nak injek duit kat stock market kita kalau naik turun pon bergantung dengan orang lain. Apa perlunya ditubuhkan ValueCap Sdn Bhd? Boleh ke syarikat ni membantu menyalurkan fund tu dekat syarikat yang tengah nazak lepas tu menaikkan nilai saham padahal, ia jatuh sebab orang tak yakin nak beli. Kalau pun saham ni naik, mungkin sekejap je bila masuk RM5 Billion tu, lepas tu bila dah mahal, orang pakat jual sebab ekonomi tengah teruk. Lepas tu, saham tu jatuh balik! pekebende laa….buduss…

Persoalannya, kenapa tak pakai Khazanah je? bukan ke ini fungsi Khazanah? kenapa perlu ada ValueCap? Mungkin kerajaan tak mau dipersalahkan kalau usaha ni tak menjadi…Sebab Khazanah under kerajaan. Jadi, kalau guna ValueCap sekurang-kurangnya sebagai syarikat Sdn Bhd, kalau bungkus pun tak boleh nak ambil tindakan sebab board of directors dan company is a separate entity…agaknye laa…

Yang aku marah sangat bukan pasal pe…problem sikit mesti nak guna duit KWSP…wei..tu duit aku laa!!! aku kerja siang malam cari duit nak simpan masa tua…senang senang kau ambek pegi buang merata-rata… lepas tu salahkan keadaan ekonomi…nak harapkan dapat dividen tinggi, jangan mimpi laa..

Kang ada banyak bank kat Malaysia ni?? pinjam je la duit bank….tu pun susah nak fikir..atau pun semua bank kat Malaysia ni dah nak bangkrap kot! dah takde duit..pasal tu kena ambil duit KWSP…jangan guna duit RM5 Billion tu buat bail out these banks dah laaa….

Yang herannya, tengah kelam kelibut gawat macam ni, tup tup ada berita pasal eurocopter sebenarnya dibeli dengan lebih mahal dari harga asal…Dengar kata, heli ni Brazil beli 1Billion ringgit lebih murah..aik!! dah rugi 1 Billion tu…membazir betul laa…..

Siapa la yang bodoh bangang  nego pasal heli ni la gamaknya……rasa macam nak luku luku pala  dia…eeiiiiiii….!!!!

October 29, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet

sukati ko laaa, labuuuu…..

Minyak dijangka turun tidak lama lagi…berlumba-lumba surat khabar perdana menyiarkan berita ini memetik kenyataan menteri yang jaga pengguna. Aku tumpang seronok bila baca. Aku sure semua orang pun berharap  berita ini betul-betul jadi. Perkara minyak ni memang perkara sensitif. Sebab minyak bersangkut dengan semua segi kehidupan kita. Semua orang kena pakai minyak, sebab semua nak tak nak dalam urusan seharian mereka, kena keluar rumah dan balik kemudiannya. Tak kira lah pakai kereta sendiri ke, atau naik public transport. Semua kena pakai minyak. Jadi soal naik dan turun minyak memang semua ambil tahu. Bila minyak naik 80 sen dulu, semua orang mengeluh. Dari drebar teksi sampai ke bos syarikat. Yang tak sedapnya, bila minyak naik, benda-benda lain pun turut ikut sama. Kalau setakat harga baju ke, baldi ke, berus gigi ke , takpe la sangat…bukan selalu beli pon..masalahnya yang naik melambung harga barang keperluan…harga ayam dan ikan naik gila-gila, sayur pun sama…tambang bas pon naik jugak! bila harga barang mahal, duit gaji yang dulu cukup, sekarang dah jadi susut nilai…kalau dulu roti canai 70 sen sekeping, sekarang kena ada 90 sen baru dapat merasa…duit dah turun harga…inflasi pun datang….rakyat makin susah…kerajaan pon jadi goyah…

Alasan kerajaan masa tu sebab harga minyak setong mahal di pasaran dunia, pada satu masa mencecah sampai USD130 setong dari harga normal lebih kurang USD70 setong. Yang aku dan banyak lagi golongan marhaen tak paham adalah, apasal Malaysia sebagai negara pengeksport minyak pulak yang seolah rugi dengan kenaikan harga minyak ni..?? kalau ikut calculation logiknya, kalau dulu kita jual dengan USD70 setong , sekarang kalau harga dah naik USD130 setong, sepatutnya kita dapat untung lebih laa..ini kerajaan kata rugi pulak…aik!!

Lepas tu adalah usaha-usaha desperate pihak kerajaan nak explain tapi so far aku tak rasa rakyat macam aku ni paham…ada yang kata minyak kita ni yang dieksport minyak kasar belum proses, lepas tu kita kena import balik…sebab tu kita rugi…tapi kalau tak salah lah…minyak yang kita eksport, minyak mahal Gred A, yang kita import pulak Gred C…so kita patut dapat untung eksport melebihi nilai import, bukan sebaliknya,kan?

Ada pulak kata , minyak kita cuma untuk menghasilkan gas, tak boleh jadi petrol atau diesel…pulak daahhhh… yang aku paham, apa saja jenis minyak , nak buat minyak kapal terbang pun, kenalah lepas banyak proses dulu, yang salah satunya jadi petrol dan diesel..so ??

Aku pun tak pahamlah dengan mentaliti menteri-menteri kita sekarang…mintak maaf lah cakap..aku tak nampak kat mana cerdiknya..kalau ye pun nak bagi alasan..bagi lah yang masuk akal sikit…bukan main cakap je…macam alasan terbaru menteri yang jaga pengguna baru-baru ni bila ditanya kemungkinan tarif letrik turun mengikut harga minyak…senangnya dia jawab…banyak janakuasa TNB dah tak pakai minyak…so, minyak turun pun takde kene mengena dengan tarif letrik…aduuuuuhhh laaa………masa nak naik dulu sebut pasal ikut harga minyak…..bila nak kena turun, lain la pulak yee…..

….sukati ko la labuuuuu…..

October 28, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet

Anwar, lu pikirlah sendiri

Anwar kata soal tukar kerajaan boleh tunggu dulu. Kita fokus pada pembangunan ekonomi. aku tak tau lah ni cuma propaganda surat khabar atau pon memang Anwar cakap macam tu. dan aku tak tau jugak samada Anwar memang meant what he mentioned ataupon dia main cakap belit belit. Yang nyata, aku rasa bukan aku saja yang frust bile baca statement dia, malah berjuta juta rakyat malaysia lagi yang rasa bengang sebab Anwar dah tukar topik, cakap tak serupa bikin. Memang tak salah lah aku bila rasa sceptical masa mamat ni announce nak take over government on 16 Sept dulu and declare that he’s pm in waiting.

Memang orang politik ni pandai cakap laa…pusing sini belit sana, janji sini, sumpah sana..tapi semuanya hampeh…takat modal air liur je….buatnya tarak…

Aku nak tanya kau Anwar..tell me..apa yang kau nak fokuskan tu? apa perubahan yang boleh kau buat? kau ada kuasa ke nak buat? kena ingat, ko cuma ketua pembangkang, bukan ketua kerajaan…kau nobody dalam kerajaan..apa mende yang boleh kau buat? ataupun, kau yakin ke cakap atau idea kau diterima oleh menteri-menteri yang ada sekarang?

 

Sudah lah Anwar..jangan lah jadi macam anjing menyalak bukit…suara serak, bukit tak runtuh pun…kalau nak bersuara biar dari dalam..bukan membebel kat luar…

macam kita pergi rumah orang…tekan loceng, takde orag bukak pintu..

lepas tu ketuk lagi, sama jugak…

panggil nama, pon senyap sunyi..

last sekali terserahlah…nak balik dulu , lepas tu datang balik…

ataupun..susah susah sangat…main redah je laa…

lu pikirlah sendiri…..

October 25, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet

Ala la la latuk

Ini lua tiga minggu wa ada belek belek sulat khabar,  mau cali la itu news pasal kilajaan kita macammana mau kasi lawan itu global deficit tapi talak jumpa wooo….wa cuma ada nampak satu olang nama  Ku Li saja ada panggil special cabinet meeting mau bincang…lain olang talak sinang la wa rasa… ada banyak itu cakap pasai ini menteli mau jadi calon, calon itu menteli mau ……aiyyaaaa..apa pasai kita punya orang atas semua ini macam arr….sikalang manyak susah woo…itu ekonomi manyak teruk, satu dunia manyak susah…pasai la tatak mau kasi tau sama rakyat apa mau buat? semua olang sibuk pasai mau angkat sendiri, mau itu jawatan, mau kasi sinang sendili…!! sangat malang woo ini negara kita ada ini macam punya olang…
simalam pon ada cakap lalam belita, ini ekonomi kita manyak kuat, talak kena itu klisis ekonomi, talak inflasi..walau weh…manyak pandai itu olang arr…sekolah mana lulu arr??
kita punya orang atas manyak pandai cakap saja laa…itu dulu sekolah masuk kelas sastera punya…lu  tahu ekonomi pon cuma kila  komisen saja arr…itu taukey pon sama…tulis puisi memang pandai woo..lalam mimpi pon buleh baca..hahaha…
Lagi satu ada manyak belita pasal itu latuk khan woo…siapa la manyak bodoh bagi itu olang…haiyyaa…itu olang mai sini cuma lakon lakon..lepas tu lapat latuk, wah manyak best ahh……itu menteli bisar kata pasai tolong plomote dia punya negeri…kalau itu macam ah, manyak ramai lapat latuk woo…itu Jackie Chan lulu kungfu kungfu lakon dekat Malaysia jadi polis patut lapat latuk jugak………lagi itu Sean Connery botak tua punya  lakon sama itu filem naik perahu sampai KLCC sama jugak kasi promote Malaysia…itu Indonesia pon manyak filem sini, sama jugak Thailand…lagi ah…itu celita  kongsi gilap, Young and Dangerous pon ada lakon sini..patut itu lakon jadi Chan Ho Nam, apa nama dia…arr  Cheng E Kin pon lapat latuk woo…
itu Bangla kerja sini pon patut lapat Datuk jugak..lu tengok pagi sampai malam, lia olang angkat itu gambar, posing sini, posing sana …balik kampung tunjuk sama sedara, jiran dan kawan kawan ini Malaysia manyak cantik.. lepas tu ajak semua datang lamai lamai…..tu macam promote la kan?? waa…lama lama nanti arr…ada lamai la Latuk Khan Malaysia sini…haiyyaaaaa

 

 

 

 

 

October 14, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet