Anak VIP

~+mata besi hanya alat, tapi hulu yang menebang pokok. Kayulah yang memotong kayu+~

Payung Rakyat

Dengar kata ramai yang datang ke perhimpunan rakyat membela kerajaan pakatan rakyat…walau pun kena tukar tempat ke rumah MB sebab tak dapat permit, angkara SUK Perak yang bersekongkol dengan polis …sampai Nizar cakap dia tak sangka bekas staf dia rupanya busuk hati macam tu sekali…sampai boleh sound suruh keluar barang personal dari ofis MB dan exco cepat cepat sedangkan waktu dia MB lagi…lagak betullah..dasar toghut!!

apa nak heran..kalau dah acuannye bengkok..maka kuihnya pon sama jugakla bentuknya…

Tengok la perangai raja dia…kata payung rakyat…ceh!
macammana rakyat nak sayang, kalau dalam masa macam ni pon nak pikir untung diri..takut sangat hilang kesenangan dunia…

mintak maaf la cakap..aku memang dah lama hilang respek kat institusi ni…bukan aku derhaka ke hape..cuma aku rasa, sepatutnya raja ni menjadi benteng pembela rakyat, tapi nampak gayanya macam diorang ni macam pilih kasih la pulak..
kalau la betol menjadi payung kepada rakyat macam yang selalu diwawarkan tu, time ni la nak tunjuk…bubar semua, kasi satu pilihanraya baru..biar rakyat pilih..ini tidak, sebab siposmen pencen dan askar veteran tu, campur pulak dengan cina tempang merajuk tak dapat kereta baru tu, abih jahanam semua..kalau dah memang nak main sukati macam ni…takyah la buat pilihanraya!!…wat perabih duit je kena balik kampung, beratur pagi pagi lagi semata mata nak pilih wakil rakyat, dapat jenih ungka macam ni, terus jadi sial majal..!!
Tak tengok ke berapa ramai rakyat datang perhimpunan tu..kena gertak pon diorang tetap datang jugak…kat 30 ribu orang…tak paham paham lagi ke???

Memang patut la Nizar sembah derhaka masa mengadap puak puak istana semalam, antara kata-kata beliau yang aku petik dari blog budak ipoh timur,

“sekiranya tuanku ingin melihat rakyat memuji dan mengenang tuanku dari sambutan jubli perak ini sehingga akhir hayat tuanku, tuanku hendaklah memperkenankan pembubaran DUN Perak ini seterusnya mengembalikan hak memilih kerajaan yang baru kepada rakyat”.

peh!! NOW THAT’S WHAT I CALL PAYUNG RAKYAT!!

February 6, 2009 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet

Surat Nizar kepada Sultan Perak

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,

MERAFA’ SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin

February 6, 2009 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet