Anak VIP

~+mata besi hanya alat, tapi hulu yang menebang pokok. Kayulah yang memotong kayu+~

Minyak turun 10 sen….je

Semalam Pak Lah kata minyak turun 10 sen hari ni…so harga petrol jenis RON 97 dah turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pulak turun kepada RM2.30 seliter.

Diesel pun turun 10 sen kepada RM2.40 seliter. aku congak-congak dengan turun 10 sen ni, boleh lah aku save lebih kurang 30 ringgit sebulan kot. boleh lah pegi keje on aircond dalam kereta. Semenjak minyak naik berdesup ari tu, aku terpaksa bukak tingkap harapkan angin jee…nak pasang air-cond kan makan minyak. berpeluh-peluh aku dalam jam nak sampai opis.

Dalam bengang-bengang, aku syukur jugak lah kerajaan ingat gak pasal kami rakyat bawahan ni. Walau 10 sen ciput je kalau nak compare dengan naik meroket 80 sen dulu, tapi sekurang-kurangnya ada gak belas ihsan nak dekat raya ni. Cuma aku harap, bila minyak turun ni, cuba gak la pantau harga barang keperluan tu, yang melambung naik tapi tak pulak turun-turun walau pun minyak dah turun 35 sen.

Jangan dok buat ini barang kawalan, itu barang kawalan, tapi hakikatnya, harga tak terkawal langsung…

Tak guna buat undang-undang kalau penguatkuasaan macam lepas batuk ditangga…time menteri datang, time tu sibuklah nak cek…hari lain dok goyang kaki…pekejadah!

September 25, 2008 Posted by anakvip | 1 | | No Comments Yet

Pak Lah the Gaban

Seperti lagu Menghitung Hari nyanyian Kris Dayanti, begitulah agaknya perasaan Pak lah menunggu Perhimpunan Agung UMNO tak lama lagi. Kemungkinan Pak Lah akan menjadi presiden UMNO pertama yang tak dapat cukup pencalonan untuk mengekalkan jawatannya nanti. Sebab itulah para MT UMNO dalam perjumpaaan baru-baru ini menggesa Pak Lah letak jawatan supaya tak kena malu. Tapi Pak Lah being Pak Lah mana nak dengar cakap orang selain dari anak menantu dia!

Kebodohan inilah yang bakal menjahanamkan dia nanti. Takkan dia tak sedar-sedar lagi macammana kuat suara dari bawah yang mintak dia turun. Tak tahu ke dia orang dah tak percaya kat dia. Dulu bolehlah dia cakap nak mencari Al-Ghazali, tapi sekarang  Al-Ghazali dah hilang tinggal al-gali…gali lubang tanam sendiri. Tak nampak ke dia kenapa Muhyidin gila lantang bersuara, hentam dia sini sana. Dan nampaknya Muhyiddin bukanlah buat kerja ni lone ranger je, ramai sebenarnya yang ikut dia dari belakang. Dengar khabar, setakat ni dah ada banyak bahagian dari Johor, Sabah, Perlis dan Perak telah sedia nak calonkan dia jadi Timbalan Presiden. Katanya dah ada lebih separuh Bahagian UMNO yang nak calonkan dia. Banyak tuh!

Calon Presiden pulak lebih kuat ke arah Najib dan Ku Li. Tapi normally kalau ikut tradisi UMNO lah, biasanya diorang nak Timbalan naik pangkat. Pak Lah bagaimananapun tetap berharap untuk mendapat pencalonan dari bahagian-bahagian UMNO yang selama ini setia dengan dia macam dari Kelantan atau dari negeri asalnya, Pulau Pinang. Dua-dua negeri ni memang lah terkenal dengan sikap bodek tahap dewa, lebih-lebih lagi orang macam Annuar Musa tu. Yang kelakarnya, negeri dia sendiri dah berpuluh tahun jatuh kat PAS, tak mampu nak ambek balik. Yang kat Pulau Pinang pun dua kali lima. Kecoh je lebih tapi negeri orang lain perintah. Pak Lah pon bodo bodo percaya . Memang lah banyak yang pledge nak sokong dia tapi, itu dari Ketua dan AJKnya…Yang belum tentu menang dalam pemilihan bahagian diorang sendiri. Kalah diorang nanti bermakna hilang lah sokongan untuk Pak Lah. Itulah mesej yang ahli MT UMNO cuba sampaikan kat orang tua ni, tapi jenih tak reti bahase, payahlah….dia rase dia tak akan kalah…ingat dia Spacecop Gaban ke hape?

September 24, 2008 Posted by anakvip | 1 | | No Comments Yet

Tunggu dan terus menunggu

Ada desas desus kata Pakatan Rakyat tengah nego untuk berbincang ngan Pak Lah melalui pihak ketiga  untuk make sure peralihan kuasa berjalan dengan aman. Pak Lah mungkin setuju tapi dengan bersyarat laa.. Ada yang kata berita ni keluar dari mulut Tian Chua, Ketua Penerangan PKR sendiri. Alaa..kalu betul pon, takan puak puak Najib dalam UMNO tu nak dok diam kot. Silap-silap Pak Lah kena undi tak percaya dari dalam UMNO sendiri..hahaha….Aku takde la nak percaye sangat kalu takat rumors camni. Banyak sangat rumors yang aku dengar, macam macam…ada kata Pak Lah memang nak bagi Anwar naik, tapi dengan syarat Ku Li jadi TPM dia. Ada gak kata, Pak Lah akan turun takhta bulan 12 ni, dan bagi kat Najib lepas sah menantu dia jadi Ketua Pemuda Umno. Ada jugak cakap Anwar pas ni masuk ISA, dan KuLi akan menang Presiden Umno dalam pemilihan bulan 12 nanti, lepas tu KuLi akan keluarkan Anwar dan ambek dia jadi TPM.

Ramai benar pakar pakar politik jalanan bagi pendapat masing-masing. Betol ke tidak, kita tunggu je laa…..aku dah malas nak berharap dah……Tunggu punya tunggu sampai naik dungu….

September 23, 2008 Posted by anakvip | 1 | | No Comments Yet

RPK to Kamunting

Kesian aku kat Raja Petra. Tak pasal pasal kena balik ke Pusat Tahanan Kemunting lagi sekali. 2 Tahun lagi la gamaknya. Kawan tu bukannya penjenayah pon. Umur dia pon dah 58, dah kira warga emas. Ape la nak jadi ngan negara aku ni.

aku pon tak paham apa jenis undng undang kat Malaysia ni. Walau punya ramai orang menentang penggunaaan ISA, tetap jugak nak pakai.  Undang-undang zaman penjajah untuk cegah insurgensi digunakan ke atas rakyat sendiri. Kalau pun salah, tangkap la pakai undang-undang lain! takan takde satu pun undang-undang lain yang boleh dipakai??

Kata negara Islam, tapi pakai undang-undang macam Yahudi…..!!

September 23, 2008 Posted by anakvip | 1 | | No Comments Yet

Hampeh laa…!

ah..kadang kadang aku malas nak pikir pasal politik lagi…geram pon ada…

wooii..kata nak tukar kerajaan, nak ambil alih kuasa, first kata 16hb, pas tu kata 20hb…dua dua dah lepas laa…ni 16 dan 20hb tahun bila ni??

ni la masalahnya politician kita…baru je dapat mandat sikit, dah pandai bagi harapan besar kat rakyat…dia tak tau ke..dalam banyak banyak yang sokong tu, bukan semua kaki hardcore sehidup semati ngan dia, ramai yang fence-sitter yang boleh condong kanan, boleh jugak condong kiri…

Sedang yang ikut dari zaman reformasi 98 cam aku pon rasa goyang, ini kan pulak yang baru nak kenal, baru nak merasa berjuang…!! macam mana nak jaga negara kalau yang sokong sekarang pon ramai yang ragu ragu…?? kalau tak percaya, buat lah kaji selidik, pergi tanye so called penyokong tu berapa kerat yang masih percaya Anwar akan jadi PM tahun ni?

Aku cukup tak berkenan dengan orang yang tak pegang janji…kalau agak tak boleh buat, or tak berapa sure, janganlah pandai pandai letak tarikh!!…cakap je la kita akan cuba ambil alih…bila sampai masa, kita akan berkuasa…kan senang!! ntah sape ntah yang pandai sangat rekomen 16hb itu ari…. bukan kitorang tak percaya yang mende ni akan jadi..kitorang tahu memang akan ada MP yang lompat…tapi tak payah la nak buat gimmik gilababi sampai bagi date pulak…dah la lepas tukar, tukar lagi…last last hape pun tak jadi….

bila dah tak jadi macam ni, ko cakap la apa reason sekalipon, takdenye orang nak percaye lagi…..

cuba la belajar dari PAS…dari dulu PAS berjuang, tak pernah pun cakap bila tarikh nak berkuasa…cuba dengar apa Tok Guru Nik Aziz cakap…. dengarlah cakap ulamak…baru la berkat

Lagi satu kau tahu tak, ramai yang kata penyokong kuat kau tu sebenarnaya poser je…sebelum ni, diorang tak ambek pot pon pasal politik malaysia ni….bagi diorang, reason sebab patut sokong just pasal we share the common enemy. Ada yang  tak suka kerajaan BN sebab hidup susah, ada yang memang jaki kat Polis sebab restrict freedom diorang nak happy happy, ada yang rasa bengang dengan JAIS sebab tangkap orang tak puasa, ada yang menyampah dengan BPR sebab suka tangkap orang kecik je tapi yang bapak rasuah selalu lepas, ada jugak cuma sebab bengang dengan PBT yang pandai pandai cat line kuning dan ambek tiket kat mana je orang parking kereta. Tu belum masuk yang saja join demonstrasi sebab suka tengok orang ramai. Diorang ni semua mana peduli pasal perjuangan.  Tak tahu apa apa pon….ni ke yang ko kata penyokong??

hampeh..!

September 22, 2008 Posted by anakvip | 1 | | No Comments Yet