Anak VIP

~+mata besi hanya alat, tapi hulu yang menebang pokok. Kayulah yang memotong kayu+~

Gam lagi!

Ada suratkhabar cakap, lagu puisi Dr Asri, bekas Mufti Perlis yang jenih cakap main langgar tu kena gam kat RTM. Lagu tu kumpulan Kopratasa nyanyi. Tajuk lagu tu, Aku Bukan Musuh Harta. Entah ape sebab RTM gam pun tak tahu lah. Nak kata lirik puisi tu ajar buat benda jahat, takde la pulak. Nak kata Dr Asri tulis suruh sembah setan macam lagu black metal tu, lagi la jauh sekali…

susah kalau orang takut dengan bayang-bayang nih…orang cakap pasal makan harta rakyat, terasa la pulak…tu la pasal..dah lah khutbah jumaat pun tak boleh cerita pasal agama…forum perdana pun dok kontrol..ni lirik lagu dakwah pon nak tahan jugak?

tu yang buat pelik tuh…Tapi lirik lagu tu memang la keras sikit…sapa yang makan cili rasa la pedas…RTM pulak aku rasa, tak mahu jadi tukang jual cili tu la agaknya..hahahahaha
macam Dr Asri cakap, “Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu”

musuh2

December 17, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet

Bukit Antarabinasa..alahai…

Lepas 15 tahun, sekali lagi kita boleh tengok tannah runtuh yang bunuh orang kat Malaysia. Kali ni kat tempat orang kaya-kaya duduk pulak..kat Bukit Antarabangsa yang serba mewah tu laa…yang orang-orangnya cakap pun pelat pelat..nak kata melayu tak macam melayu, nak kata mat saleh..hidung tak mancung mana..kulit pun sawo matang cam aku jugak…

awal-awal tu kesian gak la kat diorang….abih rumah ranap…barang-barang yang mahl-mahal abih jahanam…tapi nak buat macam mana…dah takdir Tuhan..kena la redha..

tapi yang buat aku menyampah ialah dengan perangai sebahagian dari orang kat situ…orang bagi duduk kat tempat sementara tak nak…bagi nasi buang….demand macam-macam lagi! wei…bangang…ko ingat ko sape…tak sedar diri punya bangsa…perangai macam sial…orang kalau kena bala bencana…doa la banyak-banyak…bertaubat laa…kot kot Tuhan marah..pasal dosa kita banyak sangat…

ini tidak..lagak tak abih….tak kenang budi langsung..orang susah payah pergi tolong..dia maki hamun pulak…macam sial! kalau aku laa….takde la aku nak tolong orang bodoh sombong macam ni….

lepas tu yang kerajaan beria-ia sangat nak tolong tu pehal pulak??

wah! mentang-mentang ni tempat orang kaya-kaya, cepat la pulak semua orang nak tolong…siap buat tabung la pulak…sengal la lu mat…..diorang ni tak heran la dengan duit…satu rumah roboh..ada 4,  5  lagi la standbye….

TNB pun cepat gile sambung api…JKR pon pantas gila buat jambatan…..hebat..hebat…

kalau la tanah runtuh tu jadi kat Kampung Medan..agak-agaknya, sama cepat tak diorang buat?

December 11, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet

berita ter-kaki, hiburan se-langsi

Kebelakangan ni banyak benar kita dengar kisah cerai berai ye..tak kire la artis ke, selebriti ke, orang biasa ke…macam-macam cerita….kadang kelakar pun ada…

sampai ada artis mintak cerai dengan laki sampai bawak krew tv…suka nak bagi satu dunia tau…dah macam cerita hindustan..hahaha…yang krew tv tu pon sama bangang…ikut je kemana orang pergi..konon nak terjah laa..bodoh…kalau nak terjah sangat pegi la terjah kroni kau yang berlambak lambak cerai berai tu…

Ada sorang bekas staf situ dulu masa baru nak masuk pertandingan nak jadi hos satu rancangan hal ehwal perempuan, punya la sopan santunnya..tengah sarat pulak tuh…tup tup lepas dah glam…cerai berai…

yang baca berita pun cerai jugak, jadi la janda berhias.. lagi satu pulak jadi hos rancangan tangkap tangkap orang, pon cerai jugak…yang tu semua takpe laa…kira sedap la jugak mata memandangk..tapi yang sorang tu, badan terlebih isi, lipat sana, gelembung sini, pon ada hati  nak buat cerita jugak…ada ke nak saman orang sebab janji nak kawen dengan dia, padahal masa tu bini orang lagi..aduh laa…….tak malu betollaa…..  

tu yang pompuan…yang lelaki pon sama naik gak…yang jadi hos rancangan bongkar bongkar tu pon cerai jugak! alaa…yang dulu kena tangkap kat kelab tu laa…

memang sah la orang kat situ pakar cerai mencerai…memang patut laa…

buat berita pon selalu lain dari cerita…tambah tu, reka ni..provoke orang je manjang…tak abih abih nak buat kacau bilau…tak puas buat rumah tangga staf porak poranda, nak buat negara huru hara pulak…

isi berita macam sampah, layak buat lap kaki je..buat ekspo ikut sukati mak bapak dia…fatwa kata haram pon..main langgar je…langsi gila…..

patut tukar je la slogan tu…berita (lap) kaki, hiburan (gila) langsi….

 …hahahahaha………………………………..

December 1, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet

Kisah Kak Dah dan Kak Zat

Siri Drama Minggu Ini Kak Dah dan Kak Zat bakal menemui noktah akhir tak lama lagi. Kak Zat yang selama ini dilihat sebagai pembantu yang taat setia sudah mula mengorak langkah yang selama ini disimpan dalam diam. Kak Dah yang tak senang duduk semenjak dua menjak ni makin susah hati bila Kak Zat umum nak lawan bos dia Mac depan.

Kalau dulu dia kata, sedia sepakat ikut pelan peralihan demi keutuhan, nampak gayanya tone sudah lari la kali ni. Dah karang ayat lain la pulak bila dia kata kena berani buat perubahan untuk kekukuhan… hahahaha…..kacau..kacau…

abis la Kak Dah kali ni…dah la ramai ketua-ketua kecik macam pakat-pakat sokong Kak Zat lepas buat statement tu….ingatkan Kak Lia boleh buat kacau undi tapi gamaknya makan diri la kali ni…Kak Lia yang akan menang penolong bos akan meng-KO-kan terus karier Kak Zat nanti…ye laa…alang alang kalau nak lawan Kak Zat, baik kasi hilang terus….ye tak? dah la Kak Zat macam dah lawan tokey…mana taknye, Bos pon tak dapat jawatan, penolong pulak aleh aleh jadi menteri..dah la kalah teruk dengan budak hingusan…eeeeee….gerammm!! rasa macam nak libas dengan loket ni kanggg!!!

Biasanya, yang kalah undi nak jadi Bos otomatik jadi penolong tapi kali ni tak boleh sebab Kak Lia keras kepala nak naik nama gak…maka kalau nasib malang, Kak Zat kena packing balik kampung bukak kedai lipstik la jawabnya……

Cantik dah strategi tu..tapi masalahnya orang orang kat bawah ni macam tak berapa nak sokong Kak Dah lagi je…asyik asyik cakap nak Kak Zat pulak jadi bos, sebab nak tukar selera…Kak Dah pun dah lama sangat jadi bos…dah tepu…jadi kematu, asyik macam tu je..takde mende baru…bila nak maju??

…Ni la masanya nak tukar, dah cakap baik baik suruh turun, tak reti reti bahasa…konon nak lepas cara tak yah lawan lawan…tapi Kak Zat kena tunggu la sikit…

Kak Zat yang dah lama sabar dah tak boleh tahan dah…gile pe!! berapa lama nak tunggu… dalam diam diam Kak Zat pasang taktikal…orang orang bawah kasi pegang dulu…pelan pelan test market…bisk sana bisik sini…lama lama riuh laa….tetiba banyak pulak yang menyokong…di Perak, dengar kabar 22 dari 29 bahagian sokong Kak Zat, di Kedah pulak katanya 12 dari 15 yang nak Kak Zat lawan Kak dah…huhuhuhu…

abis la Kak Dah kali ni…nampak gayanya orang dah tak gerun dah kat dia…yang dulu macam cuak, la ni dah tunjuk muak…kes naya ni….kang tak pasal pasal kena bersara terus……dah la dulu kena sekali dengan Kak Rah masa tahun 1993 dulu…ingat takkan jadi lagi….

tapi betolla orang cakap…hidup ni macam roda…kadang di atas, aku la yang hebat…kadang lak di bawah…tunggu masa nak baham tanah…

nampak gayanya sejarah dulu…macam nak jadi lagi…silap silap…boleh jadi balik….aduuuuuuuhai!….

November 20, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet

soal mati

Semalam ada satu channel tunjuk komen dari ibu bapa tentang budak-budak tahun satu dan dua ditunjukkan video bayangan alam barzakh. Biasalah, ada yang tak suka dan komplen kata tak patut siarkan benda-benda macam tu sebab tak sesuai bagi budak-budak tengok. Tapi ada gak yang puji kata bagus buat macam tu bagi kesedaran sikit pasal sekarang ni banyak sangat kes-kes sosial yang melampau. Kalau dulu budak-budak sekolah takut kat cikgu, tapi sekarang yang tendang cikgu pun dah ada….perempuan pulak tu!

So, bagi aku, memang patut la tunjuk mende mende macam ni…bagi sedar sikit…

tapi kalau boleh, masuk TV jugak…selit-selitkan kat iklan tu…30 minit sekali ke…lepas tu tukar jugak target audience tu….

bukan budak-budak je tengok video ni…orang tua pun sama…patut lebih lagi..sebab dosa budak-budak banyak mana sangat…

Sekarang ni, yang huru hara, bukannya diorang, yang tua-tua tak sedar diri tu yang terok..hidup macam tak ingat nak mati..janji senang diri sendiri, orang lain pergi mampus…

lebih-lebih lagi time genting nak raih undi nih…macam macam diorang sanggup buat…tabur duit dah macam pasir…yang bergaduh, siap baling-baling kerusi lagi….

macam tu ke nak jadi pemimpin?? ni ke teladan yang nak bagi kat budak-budak??

tapi…kalau dah jadi darah daging, takat tengok video takde maknenye bagi diorang nih…tarikan dunia lagi kuat…akhirat diorang kata nanti cerita…..

hai…macam lah soal mati tu boleh ikut sukati bapak diorang…

November 9, 2008 Posted by anakvip | Isu Semasa | | No Comments Yet