Anak VIP

~+mata besi hanya alat, tapi hulu yang menebang pokok. Kayulah yang memotong kayu+~

KENYATAAN NAZIR MASJID KOTA DAMANSARA

Adalah saya selaku nazir Masjid Kota Damansara dan jawatankuasa ingin
merujuk kepada isu larangan penggunaan azan oleh orang bukan islam
yang kononnya didalangi oleh Teresa Kok @ DAP seperti yang diwar oleh
Melayu Net dalam laman ini dan juga kenyataan Bekas Menteri Besar
Selangor (Khir Toyo) dalam Utusan Malaysia bertarikh 9.9.2008.

Pihak jawatankuasa masjid melihat isu yang sengaja ditimbulkan oleh
pihak yang kecewa ini berniat jahat, fitnah dan cuba menimbulkan
suasana tidak harmonis dan prajudis dikalangan pelbagai bangsa di
Kota Damansara.

Adalah amat malang lagi dangkal seorang bekas Menteri Besar (Khir
Toyo) boleh mengutip khabar angin (berita sampah) lalu bersedia untuk
menjadi jaguh mempertahankan islam. Walhal sejarah telah terpahat
tentang isu menutup surau, menangkap penceramah, mengadakan pelbagai
sekatan terhadap perkembangan syiar islam, zakat dijadikan senjata
mengugut pelajar Al-azhar yang tidak sehaluan (banyak lagi) sewaktu
beliau berkuasa di Selangor dulu.

Sebenarnya apa yang berlaku bukan atas tekanan dan bantahan oleh
orang bukan islam, tetapi sistem pembesar suara masjid dalam proses
ujian oleh pihak kontraktor. Untuk makluman semua Masjid Kota
Damansara baru 2 minggu digunakan. Sudah pasti terdapat kekurangan
dan kelemahan disana sini. Masih dalam jaminan pihak kontraktor
selama setahun. Disamping itu, berlaku masalah elektrikal pada
pembesar suara ekoran masalah cuaca baru-baru ini.

Bagi mengatasi untuk tujuan kuliah, tarawikh, tazkirah dsbnya, pihak
masjid berterima kasih kepada Pengurusan Sekolah Menengah Seksyen 10
Kota Damansara yang bersedia meminjamkan PA Sistemnya. dan telah
digunakan dengan sempurna. Insya-Allah sistem pembesar suara masjid
dalam proses pembaikan dan dijangka siap pada hari ini (9.9.2008)
mengikut janji kontraktor. Namun untuk mengatakan azan tidak
kedengaran langsung adalah satu pembohongan kerana pihak masjid
menyambung sistem tersebut ke menara.

Justeru itu, pihak masjid meminta Melayu net dan pihak berkenaan
memohon maaf diatas fitnah jahat tersebut yang menyebabkan timbul
sipa prajudis dikalangan umat islam Kota Damansara.

Sekian, wassalam.

US HAJI HASSAN BASRI @ BASRI MOHD
NAZIR
MASJID KOTA DAMANSARA

Advertisements

September 11, 2008 - Posted by | 1

4 Comments »

  1. Ya Allah.

    Kenapa dalam bulan Ramadhan sanggup buat semua ini?

    Apa untungnya?

    Comment by Atila | September 15, 2008 | Reply

  2. […] (ISA). As much that I find Raja Petra is rather a nuisance but come on. Teresa Kok for the alleged azan petition and a daily reporter that showed the true color of a bigot within UMNO? I have grown tired of […]

    Pingback by Remember, remember, the sixteenth of September « Pra.kata | September 29, 2008 | Reply

  3. Untung dunia yang singkat.

    Bagaimana pula dengan Masjid Kinrara? Ada kenyataan rasmi daripada masjid tersebut?

    Comment by myusri | September 29, 2008 | Reply

  4. السلام عليكم ورحمة الله

    Syabas dan tahniah sy ucapkan kpd tuan nazir.
    Kenyataan berani sebeginilah yg sepatutnya dilakukan oleh mana2 pihak masjid. Jgn hanya berdiam diri dan menjadi mangsa pada pihak2 tertentu.

    Teruskan perjuangan.
    Membangun bersama Islam.
    والسلام، جزك الله خيرا كثرا

    Comment by Aminuddin Amir Minhaj | January 13, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: